Sunday 4 December 2011

KEDAMAIAN @ SUNGAI CONGKAK

Damainya............

Airnya sejuk giler.....

Wednesday 30 November 2011

PERCUTIAN

27hb Nov 2011.....Ini percutian pertamaku bersama orang yang tersayang....Sebenarnya tak rancang pun tapi ia berlaku dengan sekelip mata saja....

Thursday 3 November 2011

HOLIDAY......HOLIDAY.......

Tak tahu nak jelaskan bagaimana perasaan Sara sekarang ni..... Happy? Gemuruh ? Entah la.... Ni First time Sara balik ke Kampung seorang diri....

Thursday 27 October 2011

WANITA AWAL 30'AN

tips kesihatan dan kecantikan untuk wanita awal 30-an

Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut kesempatan sahaja .. seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk "merawat, menjaga dan memanjakan" diri sendiri. Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an "memaintainkan" kesihatan dan keterampilan diri. 
 
a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. 
 
b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita. 
 
c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan. 
 
d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 
 
e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan. 
 
f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya. 
 
g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
 
h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.
 
"Wanita... sumber ilham selalu.."


POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI




Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

ASMA-UL-HUSNA : FADHILAT SERTA KHASIATNYA

llah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
 
"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180)
"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari 

Adapun ASMA-UL-HUSNA adalah merupakan nama-nama Allah s.w.t. yang terkandung didalam Al-Quran dimana pada tiap-tiap nama tersebut mengandungi khasiatnya masing-masing seperti kita akan ketahui dibawah ini:
ALLAHU                  Ertinya Yang mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.
KHASIATNYA:        Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan     rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.
AR RAHMAANU      Ertinya Kasihsayang kepada hambaNya didunia.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.
AR RAHIIMU           Ertinya Yang Kasihsayang kepada orang-orang mukmin pada hari Akhir
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.
AL MALIKU             Ertinya Yang Mempunyai Kerajaan
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.
AL QUDDUUSU      Ertinya Yang Maha Suci
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.
AS SALAAMU          Ertinya Sejahtera daripada kekurangan
KHASIATNYA:         Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat  kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.
AL MU'MINU           Ertinya Yang Mengimamkan hambaNya
KHASIATNYA:         Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.
AL MUHAIMINU     Ertinya Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.
AL'AZIIZ                   Ertinya Yang Menyalahkan.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.
AL- JABBAARU      Ertinya Yang Sangat Gagah.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.
AL MUTAKABBIRU Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang takabur itu akan tunduk kepadanya.
AL KHAALIQU         Ertinya Yang Menciptakan MakhlukNya.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..
AL BAARI-U             Ertinya Yang Menerbitkan Makhluk.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir  pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.
AL MUSHAWWIRU  Ertinya Yang Merupakan Makhluk.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.
AL GHAFFAARU     Ertinya Sangat Mengampuni.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir  100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan. 
AL QAHHAARU      Ertinya Yang Sangat Keras.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.
AL WAHHAABU      Ertinya Yang Sangat Memberi.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.
AR RAZZAQU          Ertinya Yang Sangat Memberi Rezeki.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.
AL FATTAHU         Ertinya Yang Membuka Khazanah Rahmat.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.
AL'ALIIMU               Ertinya Mengetahui.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.
AL QAABIDHU        Ertinya Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari pengancamnya.
AL BAASITHU         Ertinya Maha Melapangkan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.
AL KHAAFIDHU     Ertinya Yang Menurunkan.
KHASIATNYA:         Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.
AR RAAFI'U             Ertinya Maha Mengangkat.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
AL MU'IZZU             Ertinya Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA:         Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.
AL MUDZILLU         Ertinya Yang Merendahkan atau Menghinakan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.
AS SAMII'U               Ertinya Maha Mendengar.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.
AL BASHIIRU          Ertinya Maha Melihat.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.
AL HAKAMU            Ertinya Yang Menetapkan Hukum-hukum MakhlukNya.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.
AL'ADLU                  Ertinya Yang Maha Adil.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.
AL LATHIIFU          Ertinya Yang Maha Halus.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
AL KHABIIRU         Ertinya Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.
AL HALIIMU            Ertinya Maha Penyayang dan Penyabar.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.
AL'AZHIIMU            Ertinya Maha Agung.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.
AL GHAFUURU      Ertinya Maha Pengampun.
KHASIATNYA:         Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.
ASY SYAKUURU     Ertinya Yang Sangat Syukur.
KHASIATNYA:         Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.
AL'ALIYYU               Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.
KHASIATNYA:         Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.
AL KABIIRU            Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.
AL HAFIIZHU        Ertinya Yang Maha Memelihara.
KHASIATNYA:        Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.
AL MUQI ITU           Ertinya Yang menjadikan makanan.
KHASIATNYA:         Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.
AL HASIIBU             Ertinya Yang Menghisab atau Menghitung.
KHASIATNYA:         Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.
AL JALIILU               Ertinya Yang Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.
AL KARIIMU            Ertinya Mulia atau Yang Maha Pemurah.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.
AR RAQIIBU            Ertinya Yang Maha Mengamati/Mengintai
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.
AL MAJIIBU             Ertinya Yang Memperkenankan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.
AL WAASI'U             Ertinya Maha Luas KepunyaanNya.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.
AL HAKIIMU            Ertinya Yang Maha Bijaksana
KHASIATNYA:          Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.
AL WADUUDU         Ertinya Maha Mencintai orang-orang yang beriman
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.
AL MAJIIDU             Ertinya Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.
AL BAA'ITSU           Ertinya Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah. 
ASY SYAHIIDU        Ertinya Maha Menyaksikan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.
AL HAQQU               Ertinya Maha Besar.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.
AL WAKIILU            Ertinya Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.
KHASIATNYA:         Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
AL QAWIYYU           Ertinya Yang Maha Kuat.
KHASIATNYA:         Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.
AL MATIINU            Ertinya Maha Sempurna KekuatanNya.
KHASIATNYA:         Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.
AL HAMIIDU            Ertinya Yang Terpuji.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
AL MUHSHII            Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.
KHASIATNYA:         Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.
AL MUBDI-U            Ertinya Yang Menzahirkan MakhlukNya.
KHASIATNYA:         Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.
AL MU'IIDU             Ertinya Yang Mengembalikan.
KHASIATNYA:         Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.
AL MUHYI                 Ertinya Yang Menghidupkan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.
AL MUMIITU            Ertinya Yang Mematikan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.
AL HAYYU                Ertinya Yang Hidup.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.
AL QAYYUUM          Ertinya Yang Berdiri Sendiri.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.
AL WAAJIDU            Ertinya Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.
KHASIATNYA:         Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.
AL MAAJIDU            Ertinya Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca  sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.
AL WAAHIDU          Ertinya Mendapat apa yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.
ASH SHAMADU       Ertinya Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.
KHASIATNYA:         Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.
AL QAADIRU           Ertinya Maha Kuasa atas segala sesuatu.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.
AL MUQTADIRU     Ertinya Yang Sangat Kuasa.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.
AL MUQADDIMU    Ertinya Zat yang mendahulukan.
KHASIATNYA:         Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.
AL MUAKHHIRU    Ertinya Zat yang mengakhirkan.
KHASIATNYA:         Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.
AL AWWALU           Ertinya Yang terdahulu dengan tiada permulaan.
KHASIATNYA:         Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.
AL AKHIIRU             Ertinya Yang kemudian dan tiada berkesudahan.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca  setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.
AZH ZHAHIIRU       Ertinya Maha Nyata.
KHASIATNYA:         Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.
AL BAATHINU        Ertinya Zat yang Maha Ghaib.
KHASIATNYA:         Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.
AL WAALIYY            Ertinya Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.
KHASIATNYA:         Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.
AL MUTA'AALII      Ertinya Yang Maha Tinggi.
KHASIATNYA:         Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.
ALBARRU                Ertinya Yang Maha Berbuat Baik.
KHASIATNYA:        Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.
AT TAWWAABU      Ertinya Maha Menerima Taubat.
KHASIATNYA:         Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.
AL MUNTAQIMU     Ertinya Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.
KHASIATNYA:         Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.
AL 'AFUWWU           Ertinya Yang memberi maaf.
KHASIATNYA:         Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.
AL MAALIKUL MULKI               Ertinya Zat yang mempunyai kekuasaan.

koleksi mutiara kata

Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa juga bergantung kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO

Kehilangan milik tidak begitu penting, kehilangan kehormatan adalah lebih parah tetapi yang paling malang ialah apabila seseorang kehilangan keberanian. - GOETH

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya dapat diatasi. - HAMKA

Kesalahan menggunakan wang masih boleh diperbaiki; tetapi salah dalam mempergunakan waktu, akan hilang selama-lamanya. - TRIMANTO

Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya. - HAMKA

Mempunyai wang itu memang baik, tapi lebih baik lagi mempunyai sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang. - BUDIMAN

Tidak ada satu pun sifat yang diberikan Tuhan kepada kita yang tidak berguna. - HAMKA

Kekayaan yang hilang boleh dikejar kembali dengan usaha dan kerja bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh dikembalikan denganubat-ubatan, tetapi waktu yang hilang, sekali hilang akan terushilang. - MARDEN O.S.

Sesiapa yang tidak sabar dengan satu perkataan, nescaya dia akan mendengar beberapa perkataan lagi. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB

Orang yang mempunyai seribu orang kawan, tidak seorang pun yang akan ditemuinya. Tetapi orang yang mempunyai seorang musuh akan menemuinya dimana-mana. - RALPH WALDO EMERSON

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai. - HAMKA

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak. - LUKMANUL HAKIM

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuksementara saja. - HAMKA

Hanya mereka yang mendapat didikan agama dan peradaban yang tertib ketika kanak-kanak dapat diharap berdiri tegak sewaktu menghadapi pancaroba. - W.E. VAN WIJK

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa itu bergantung kepada kerelaan dan kecekapan serta kesediaan untuk bekerja. - SOEKARNO

Perkataan yang benar itu tetaplah benar sekalipun diucapkan oleh orang kaya atau miskin kerana mutiara yang berharga tetap tidak jatuh harganya walaupun penyelamnya orang yang hina. - IBNU MAAFA'

Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang tidak meragukan. Sesungguhnya kejujuran, membuat hati tenteram dan dusta membuat hati ragu-ragu. - MAKSUD HADIS

Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut pekerjaan itu. - HAMKA

Orang berani tidak membabi buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya. - STAHL. P.J

.Naga makan segala apa yang melintasi dihadapannya, tetapi insan yangbijaksana dapat menyisihkan yang bermanafaat dengan yangbermudarat. - F.D. ROOSEVELT

Seorang guru mengajar dengan apa yang dia tahu, apa yang dicakapkandan apa yang dilakukan. - MARK TWAIN

Pendidikan yang baik saja belum pasti menjamin watak yang baik. - FONTTENEILE

Jangan mengira bahawa orang yang ketawa betul-betul riang gembira dalam hatinya. Kegembiraan sejati adalah suatu hal yang serius. - SENECA

Ada dua hal utama yang ingin dicapai dalam hidup - satu mendapat apa yang diinginkan dan kedua, menikmatinya. Bagaimanapun hanya orang yang bijak yang berjaya mencapai tujuan kedua. - HAMKA

Janji untuk melaksanakan kewajipan tidak penting, tetapi  sentiasa menyedari kewajipan itulah yang penting. - J. LINDWORSKY

Persiapan yang baik untuk masa depan adalah tugas yang terakhir dilakukan dengan sebaik-baiknya. - MACDONALD

Seseorang baru boleh mengatakan bahawa memaaf sesama yang bersalah itu adalah baik dan luhur, apabila dia sendiri telah dan boleh melakukannya dalam kehidupannya seharian. - TRIMANTO

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

Jangan menunggu sehingga hari esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini. Orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang daripada keadaan itu sendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING

Betapapun mulianya cita-cita, kalau hati tidak teguh dan tidak ada ketahuan, maksud tidak akan tercapai. - AJARAN FILSAFAT

Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. - KHALIFAH ABDUL MALIK MARWAN

Perkara yang paling malang dan berbahaya sekali dalam tiap-tiap keadaan ialah orang yang tidak tahu apa yang hendak dikejarkannya. -NAPOLEON BONAPARTE

Salah satu perbezaan paling besar dan orang yang tidak berjaya terletak pada penggunaan waktu senggangnya. - W.J. BROWN

Tidaklah sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tiada sekali-kali berilmu seseorang itu selain dia beramal. - SAYYID WAHAB MUNABIH

Di antara segala pekerjaan yang paling susah ialah memahami dan mengerti. Apabila telah faham dan mengerti, segala pekerjaan mudah saja dilaksanakan. - DR. SUN YAT SEN

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. - ABU DARDA

Manusia yang paling pandai menguasai diri ialah yang paling sedikit mengganggu orang lain. - SUMANTRI MERTODIPURO

Khabar bohong hanya laku pada suatu masa kepada sesetengah orang,tetapi tidak laku pada setiap masa untuk setiap orang. - ABRAHAM LINCOLN

Sahabat yang paling setia kepada setiap orang ialah sepuluh batangjarinya. - MARDEN O.S.

Empat perkara yang menimbulkan kasih sayang: Muka jernih, ringan tulang, mencari penyesuaian masa dan sama yang dimulut dengan dihati. - HAMKAI

Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dan anggotanya. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB

Timbang menimbang di dalam setiap pekerjaan adalah sangat diperkenankanTuhan. - MAKSUD HADIS

Perasaan sombong itu sama keadaannya dengan ayam jantan, disangkanya matahari terbit setiap pagi kerana hendak mendengar kokoknya. - GEORGE ELLIOT

Sesiapa yang hendak mengerjakan sesuatu yang besar, harus sungguh-sungguh berusaha, dapat membezakan dengan tajam, memerhatikannya dari segenap penjuru,serta dalam mempelajarinya berkeras dan berkemahuan yang tidak dapat dipatahkan. - SCHILLER

Hak dan kewajiban adalah seperti pokok-pokok palma yang hanya akan berbuah bila tumbuh berdampingan. - FELICTE DE LAMENNAIS

Anda dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang pada adabnya dan daripada jawapan-jawapannya. - VOLTAIRE

Seorang Islam yang telah berakar iman di dalam dadanya, tidak pernah merasa jengkel dan tidak pernah merasa kecil jiwanya. - ULAMA

Berhati-hatilah ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saa tbodohnya orang berilmu dan pada saat itulah syaitan berusaha supaya ia tergelincir. - MUSLIM BIN YASAR

Jangan menghina orang lain kalau anda sendiri tidak suka di hina. - PERIBAHASA INGGERIS

Untuk mengenal akhlak dan peribadi yakni adab seseorang, berikan kuasa kepadanya, kemudian lihat bagaimana ia bertindak. - MONTESQUE

Pertengkaran itu tidak mempunyai apa-apa erti dari sudut agama. - MALIK BIN ANAS

Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkan dia sebagai menyingkirkan bahaya daripada musuh-musuh mu. - ANON

Alam rumahtangga dan lingkungan keluarga merupakan tempat pertama manusia mempelajari pokok dan dasar pergaulan hidup dan masyarakat. - HAMKA

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai.Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara saja. - HAMKA

Kalau anda seorang majikan, adakalanya anda perlu berlagak buta, dan kalau anda seorang pelayan, adakalanya anda perlu berlagak tuli. - FULLER

Setiap yang dilakukan oleh manusia termasuk fikiran, kemenangan dan semua yang telah berlalu, tersimpan dalam lembaran buku-buku. Buku-buku itu adalah milik atau harta utama manusia. - THOMAS CARLYLE

Surat khabar adalah benda yang tidak boleh diabaikan. Barangsiapa yang tidak mahu ditolak keluar dari zamannya, hendaklah membaca suratkhabar. - L. SIMONS

Hilanglah satu ciri kelakian seorang laki-laki, apabila ia memakai pakaian dan perhiasan perempuan. - PEMUDA

Politik adalah penyakit gila, yang dideritai oleh ramai orang untuk menguntungkan segelintir orang sahaja. - ALEXANDER POPE

Hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan yang hidup. - KANT

Cintai semua, percaya sesetengah orang, tetapi jangan berbuat jahat kepada sesiapa. - WILLIAM SHAKESPEARE

Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan.Tetapi mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya apa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belum diketahuinya. - OVIDE DARCOLY

Pendidikan dalam rumahtangga dan suasana di rumah itu besar pengaruhnya dalam membentuk sikap jiwa. Kebiasaan-kebiasaan yang selalu dilakukan, amat payah diubah. - PERIBAHASA MELAYU

Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi malas. - HAMKA

Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana diulang. Pelupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan. - HAMKA

Jangan diringankan pergaulan dengan guru, walaupun guru memberi hati. Jangan cepat melintas dihadapannya, walaupun dia yang menghulurkan tangan. Meskipun telah pandai dan terang otak, jangan mencuba membelakangi guru. Sebab, dengan sikap yang tidak hormat, hilanglah martabat ilmu. - BUDIMAN

Jika kita mahu berjaya dalam hidup, yang bererti kita memiliki jasmani dan rohani, kita harus melukiskan dalam angan-angan kita gambaran tentang diri dalam keadaan sejahtera. - SUMANTRI MERTODIPURO

Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan, tetapi semuanya berdaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER

Orang harus mengetahui cacat-cela kawannya tanpa membencinya. - HORATIUS

Selama anda bahagia, selama itulah anda ramai kawan, tetapi sesaat kesengsaraan mengancam diri anda, sesaat itu pula kawan-kawan anda lenyap tanpa meninggalkan bekas. - OVIDIUS

Kalau kita memerintah kekayaan, kita menjadi kaya dan bebas; kalau kekayaan memerintah, kita akan menjadi miskin. - EDMUND BURKE

Kalau engkau tidak bahagia, itu adalah kesalahan mu kerana engkau suka menuntu tyang bukan hak mu serta melupakan hak mu sendiri. - DR. ROSE

Kasih ibu kasih sahaja, kasih bapa mendengar kata. - PERIBAHASA MELAYU

Jika bangsa-bangsa hanya membuat perjanjian-perjanjian tetapi tidak mengusahakan keamanan, maka perdamaian abadi akan sentiasa terancam. - TRYGVE LIE

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat. - BENG TJU

Empat hilang kerana empat: hilang nikmat kerana tidak bersyukur, hilang kekuatan kerana mencari musuh, hilang kekuasaan kerana kelalaian dan hilang kesempatan kerana memandang enteng. - HAMKA

Kalau engkau merasa berkuasa untuk bembuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih kuasa membalasnya. - UMAR AL-KHATTAB

Ada banyak pokok dan tidak semua berbuah. Ada banyak buah tetapi tidak semuanya baik dan ada banyak ilmu pengetahuan tetapi tidak semua berguna. - NABI ISA A.S.

Jalan kekayaan terletak pada dua kata, kerja dan hemat. - BENJAMIN FRANKLIN

Orang akan sangat dihormati apabila ia melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya. - MAHATMA GHANDI

Kalau manusia ingin membunuh harimau, ia menyebutnya olahraga. Kalau harimau ingin membunuh manusia, ia menyebutnya keganasan. - GEORGE BERNARD SHAW

Hanya orang yang mempunyai keberanian mampu menanggung beban dari pengalaman yang buruk yang boleh dialami manusia dengan sikap bijaksana. - WILLIAM SHAKESPEARE

Demokrasi itu sebenarnya ialah pemerintahan daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. - OSCAR WILDE

Orang yang bertujuan hidup baik, akan segera jelas kelihatan baiknya dan orang yang berpura-pura akan segera pula kelihatan kepura-puraannya. Memang sangat lah nisbi wajah hidup yang dihadapi di dunia ini.Kehidupan ini seluruhnya diikat dengan janji. Mengakui sebagai hamba Allah, ertinya akan menepati janji dengan Allah. Mungkir janji dengan manusia pun bererti memungkiri janji dengan Allah. - HAMKA

Kesalahan besar dalam pendidikan yang sehingga kini belum dapat dilenyapkan ialah banyak anak-anak yang ditakuti dengan cerita-cerita dongeng yang ngeri. - PROF. L. STRUMPHELL

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tak berharta susah hati, di akhirat orang yang tidak beragama lebih sengsara. - SAYIDINA ABU BAKAR

Perkerjaan baik dipandang baik oleh akal dan perasaan yang sihat, dan kejahatan dipandang jahat oleh akal dan perasaan yang sihat. - MUHAMMAD ABDULLA

Kelebihan sesetengah manusia dengan sesetengah manusia lain, baik di dunia mahupun di akhirat, ialah kelebihan akal. Kesempurnaan bahagia tergantung kepada kesempurnaan akal. - MAKSUD HADIS

Kalau seseorang menyalahkan orang lain apabila dia mengalami kegagalan, dia juga akan menyatakan bahawa orang lainlah yang berjasa kalau dia berjaya. - HOWARD NEWTON

Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaiki tujuan hidupnya sendiri. - HAMKA

Seorang guru yang mengajar tanpa cuba menimbulkan dan menghidupkan keinginan dan semangat belajar di kalangan murid-muridnya sama seperti orang yang menempa besi yang dingin. - MANN HORACE

Angka buruk dalam Kad Kemajuan Pelajaran, harus dipertanggungjawabkan oleh murid, angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL

Kesusahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembab, tiada disukai oleh manusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang harum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT

Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua belah tangan dan ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - DR. ABU HANAFIAH

Kehidupan adalah pergantian di antara susah dan senang, naik dan turun. Mana yang tertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentu bagi orang lain tidaklah berpindah kepada kita. - HAMKA

Mendidik bukan dengan mengisi otak murid dengan serba macam pengetahuan. Tetapi mendidik ialah membangkitkan jiwa dan fikirannya untuk tahu, supaya apa yang diketahuinya nanti dapat dipergunakannya untuk mencari apa yang belum diketahuinya. - DR. OVIDE DARCOLY

Tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang tidak meragukan. Sesungguhnya kejujuran membuat hati tenteram dan dusta membuat hati ragu-ragu. - MAKSUD HADIS

Hanya orang yang halus perasaannya, keindahan dan rahsia alam ini dibukakanTuhan untuknya. - SOCRATES

Kami menghormati sepenuhnya orang yang berani dan seratus kali lagi kami hormatikalau dia beradab. - BUDIMAN

Saya percaya bahawa setiap hak mengandungi erti bertanggungjawab, setiap kesempatan juga mengandungi keharusan dan setiap milik mengandungi kewajipan. - JOHN D. ROCKEFELLER

Ilmu pengetahuan makhluk dan ilmu pengetahuan manusia tidak timbul daripada diri manusia itu sendiri melainkan dilimpahkan oleh Allah dengan kuatkuasanya. - HAMKA

Agama Islam amat benci orang yang berambut kusut masai, tidak bersikat, berjanggut kusut masai, tidak bersih dan sebagainya. - MAKSUD HADIS

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa juga bergantung kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik, tetapi orangyang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu menganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN

Seorang yang berhasil mendapatkan cinta dengan mudah, akan sukar memperoleh cinta sejati. - LORD CHESTERFIELD

Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. - HAMKA

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. - ABDULLAH MAS'UD

Jika tuan seorang yang kuat, pergilah tuan kepada yang lemah untuk menguatkan dan menunjang mereka. Jika tuan sendiri lemah, tinggalkanlah mereka dan carilah pergaulan dengan yang terkuat dan tertinggi budinya diantara bangsa tuan. - AUGUST LUBEN

Aku hairan melihat orang yang berpantang daripada halal kerana takut sakit, tetapi tidak berpantang daripada yang haram kerana takutkan neraka. - IBNU SJABRAMAH

Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia benci padamu. - IBNU ABBAS

Setiap hukuman, hendaklah dilakukan dan ditimbang dengan seadil-adilnya kerana apa juga pekerjaan, berkehendak kepada keadilan. Sebab bila keadilan tidak didirikan besar harapan sesuatu pekerjaan itu akan terganggu. - H.M. MANSUR

Keadilan yang ada pada diri seorang raja, laksana sebentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. - HUKAMA

Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapi rebut dan tawan saat ini serta ambillah faedahnya. - MARDEN O.S

Seorang musuh lebih mudah mengambil tempat dalam kepala kita daripada seorang sahabat dalam hati kita. - EDMUND BURKE

Saudara itu ada tiga lapisan. Pertama; saudara seperti makanan yang tidak dapat diketepikan sama sekali untuk selama-lamanya; saudara seperti ubat yang diperlukan dalam tempoh yang tertentu dan saudara seperti penyakit yang tidak diperlukansama sekali. - KHALIFAH AL-MA'MUN

Tujuan utama saya hidup ialah mencari kebenaran bagi alam ini dan saya berkuasa menghimpunkan diantara sebesar-besar kasih bagi seseorang dan sebesar-besar kemurkaan bagi kesalahan. - MAHATMA GANDHI

Jangan cepat-cepat jadi kawan orang, tetapi sekali menjadi kawan, peliharalah hubungan itu sebaik-baik dan jangan sampai putus. - SOCRATES

Ambillah dari dunia untuk tubuh badanmu dan ambillah dari akhirat untuk hatimu. - SUFYAN ATS-TSAURI

Bersedekah kepada orang miskin itu bererti satu sedekah sahaja, sementara sedekah kepada kaum kerabat itu bererti dua sedekah, iaitu bersedekah dan menguatkan hubungan persaudaraan. - MAKSUD HADIS

Tidak ada bahaya peribadi melainkan malas, dan tidak ada ketinggian peribadi melainkan rajin. - PERIBAHASA TIBET

Sabar terbahagi kepada dua iaitu, sabar dalam menjauhkan apa yang engkau tidak suka dan sabar dalam mengejar apa yang engkau suka. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Apabila anda berbuat salah, jangan malu untuk mengakuinya dan berusahalah untuk memperbaikinya. Sesungguhnya itu adalah kesalahan. - CONFUCIUS

Percayalah tenaga sendiri. Peganglah nasib hidup dengan kedua-dua belah tangandan ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri. - ABU HANAFIAH

Tujuan utama dalam pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah, bukan kerana mencari nama, pangkat, pengaruh atau mengharapkan pujian orang. - MUSLIM

Orang akan tetap menjadi ahli ilmu sejati selama masih menuntut. Tetapi pada suatu ketika apabila ia berkata, "Aku sudah pintar, " maka tetapkanlah bahawa ia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. - LUKMANUL HAKIM

Manusia yang berakal budi sentiasa berusaha mempertinggi martabat jiwanya, sehingga mempunyai yang lebih baik sempurna. - HAMKA

Kalau ada kemahuan jujur, tentu ada jalan yang cepat dan dapat melaksanakan yang dicita. - LORD KILLEARN

Apapun langkah yang anda ambil untuk mencapai kejayaan, bererti tatatertib terhadapdiri sendiri dan kewajipan. - AHLI JIWA

Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang anda tidak suka. - CICERO

Masa muda adalah waktu yang baik untuk membina dan menyempurnakan sifat dan kelakuan. - PERIBAHASA INGGERIS

Terlalu banyak bercakap tidak cekap, terlalu banyak makan menyebabkan muntah. - PERIBAHASA TIBET

Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab. Dan kemerdekaan jiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi, tidak dapat dibeli dengan harta-bendadan kedudukan yang tinggi. - HAMKA

Kanak-kanak adalah umpama simen basah. Setiap yang jatuh ke atasnya akan memberi kesan. - BEECHER

Semua orang membuat kesalahan. Kebanyakan orang tergoda untuk membuat kesalahan kerana dipengaruhi nafsu atau kepentingan peribadi. - JOHN LOOKE

Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan tidak benar amat panas dalam tangan, menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman. - SYAIR ARAB

Watak seseorang menentukan nasibnya. Kebahagian atau kesengsaraan adalah akibatyang tidak dapat dihindarkan daripada watak itu. - PUTERI KARAJA

Memang mudah untuk berasa riang gembira jika hidup sentiasa lancar dan menyenangkan, laksana lagu yang merayu menawan hati. Tetapi orang yang pantas dipuji ialah orangyang masih sanggup tersenyum dalam keadaan yang serba menyayat hati. - ELLA AHEELER WILCOX


Orang yang ingin menggoncang dunia terlebih dahulu harus menggoncang dirinya. - SOCRATES

Mengagumi seseorang bererti berkeinginan menjadi sama seperti orang yang dikagumi; merasa irihati terhadap seseorang bererti berkehendak untuk menyingkirkannya. - PIERRE REVEERDY

Segala persoalan harus dikupas dengan hati panas, tetapi kepala hendaklah tetapdingin. - HATTA

Jangan meminjam wang kepada teman atau tetangga. Pinjamkan sahaja kepada orangasing supaya kalau sudah dilunasi tidak ada lagi cerita-cerita tentang halitu. - LORD BURGHLEY

Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah. - SAYIDINA ABU BAKAR

Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk, tetapi setelah sampai kepada hujungnya barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk itu adalah berakhir yang baik. - HAMKA

Orang yang terhormat itu kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat. - BUDIMAN

Kita pasti sampai ke pantai jaya, bila berperahukan kemahuan besi dan baja dalam mengharunginya. - ANONIM

Pendidikan bangsa akan turut menentukan corak kebudayaan nasional kita; kebudayaan nasional pula akan mendorong pendidikan bangsa kepada yang dikehendaki. Dengan demikian, pendidikan dan kebudayaan saling mempengaruhi. - DR. ABU HANIFIAH

Pelajarilah jagat raya ini. Jangan kecewa jika dunia tidak mengenali anda tetapikecewalah kerana anda tidak mengenali dunia. - CONFUCIUS

Permulaan marah itu adalah gila, kesudahannya adalah menyesal. - LUKMANUL HAKIM

Apabila engkau susah, halangan itu mesti datang, dan engkau berdosa, tetapi jika engkau sabar, halangan itu mesti berhujung dan engkau mendapat pahala. - UMAR AL KHATTAB

Bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, bertukar pandangan dan bertukar pengalaman; rahsia bercakap ialah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar. - DARYANTO

Berusahalah berbuat baik dengan segera. Lebih baik berbuat demikian pada hariini daripada hari esok, kerana hidup ini adalah pendek, sedangkan waktu berlarikencang. - PYTHAGORAS

Kegirangan tidak terletak ketika memotong padi tetapi kegirangan ialah memotong padi tanaman sendiri. Dan jiwa manusia bukan tumbuh kerana upah, tetapi keranakerja yang sewajarnya mendapat upah. - MULTATULI

Kejahatan yang dilakukan oleh manusia ditinggalkannya di dunia. Kebajikan yang dilakukannya ditanam bersama-sama tulangnya. - WILLIAM SHAKESPEARE

Kesudahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembap, tiada disukai olehmanusia dan binatang. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang harum dan buah yang subur. - WALTER SCOTT

Jangan menunggu sehingga esok apa yang dapat kamu lakukan hari ini.Orang-orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang dari keadaan itusendiri. - ELIZABETH BARRET BROWNING

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak padarohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai. - HAMKA

Jika anda ingin menawan hati seseorang supaya menuruti kehendak anda, yakinkan dahulu padanya bahawa anda adalah sahabat karibnya. - ABRAHAM LINCOLN

Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidah danilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dan anggotanya. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Siapa yang selalu mencurigai orang lain, sebenarnya dia sendiri tidak dapatdipercayai. - BERTHOLD AUERBACH

Wang dan kuasa menyebabkan timbulnya penipuan di sana sini setiap hari. Tetapipenipuan yang paling dahsyat ialah menipu diri sendiri. - WILLIAM SHAKESPEARE

Rezeki yang baik daripada pelbagai anugerah dan pemberian. Akal yang cerdasadalah termasuk rezeki yang baik. Budi pekerti yang terdapat pada perikemanusian adalah termasuk rezeki yang baik. - HAMKA


Apabila temanmu telah berubah daripada kebiasaan yang ada padanya, maka marahlah dia. Marah mu itu adalah tanda engkau menyayanginya. - ABU DZAR

Dalam banyak hal, jalan tengahlah yang terbaik. Segala yang berlebih-lebihan akan menimbulkan pelbagai kesukaran. - PLATUS

Kalau anda tidak berani dan tidak sanggup bekerja untuk kemajuan, tidak ada orang yang akan memajukan anda. Sebenarnya kesempatan-kesempatan itu sentiasa ada untuk memperlihatkan kecekapan anda. - FILSUF

Kemenangan itu berserta sabar, kelapangan berserta kepayahan; dan sesungguhnya, bersserta kesusahan itu ada kesenangan. - MAKSUD HADIS

Orang yang tidak dapat tertawa, tidak hanya cocok untuk pengkhianatan, tipu muslihat dan perompak, melainkan seluruh hidupnya sudah merupakan suatu pengkhianatan dan tipu muslihat. - THOMAS CARLYLE

Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit. Kalau kita selamat, bersyukurlah. Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali. Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak dapat bangun semula. - HAMKA

Tiap-tiap orang berhasrat untuk hidup lama, tetapi tiada seorang pun yang bersedia hendak tua. - MUSTAFFA KAMAL ATATURK

Hubungan antara ibu bapa dan guru adalah penting. Anak yang ayahnya bodoh, tidakakan menerima bodoh ayahnya sebab gurunya ada. Anak yang ayahnya pintar - sehingga ada harapan pula anaknya menjadi pintar - belum pasti menjadi pintar kalau tiada guru yang memimpinnya. - BUDIMAN

Sejarah membuat orang bijaksana. Sajak-sajak mempertajamkan fikiran mereka.Falsafah membuat mereka memahami sesuatu. Moral membuat mereka serius. Logikboleh membuat mereka mempengaruhi orang lain. - FRANCIS BACON

Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik. Tetapi orangyang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu menganalisis serta menguji dirinya sendiri. - WALT WHITMAN

Dimana alam yang bebas merdeka, disitu terdapat banyak kesalahan. Tetapi tegas pasti pula, disitu jalan kewajipan yang ditempuh orang. - SCHILLER

Orang yang pandai bercakap tanpa melakukan, persis kebun bunga yang penuh rumput. - PERIBAHASA

Berilmu bukan sekadar berteori, bukan sekadar bersilat lidah atau berlangga rpena. Berilmu ertinya beramal. Kita dijadikan Tuhan untuk bertugas. Sebab itu marilah kita gunakan umur yang singkat ini untuk mengabdikan diri kepada tugas yang telah digariskan Tuhan. - PROF. ZULKEFLI MUHAMMAD

Anda ingin memperkaya kawan? Jangan memberikan wang kepadanya, melainkan ajarlah ia membatasi hawa nafsunya. - SENECA

Barangsiapa tahu akan kesalahan sendiri dan tidak membangkit-bangkitkan kesalahan orang lain, pasti ia tidak akan dibenci oleh sesiapapun. - KHONG HU CU

Susah dan senang adalah dua perhiasan dunia yang silih berganti menghiasi hidup manusia. Kesenangan dan kesusahan itu masing-masing ada ajalnya, ajal yang tidak dapat ditentukan benar kejadiannya, disangkakan panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari. - HAMKA

Angka buruk dalam kad kemajuan pelajar, harus dipertanggungjawabkan oleh murid, angka baik adalah jasa sekolah. - KARL HEINZ PICKEL

Hidup hanya sekali, jadi biarkanlah saya berbuat kebaikan yang boleh saya lakukandan jangan biarkan saya tunda atau memungkiri kerana saya tidak akan melaluijalan ini lagi. - STEPHEN GRELLET

Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpa tenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO

Penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman dan iman yang kuat akan menambah baik dan tinggi mutu amalan. - HAMKA

Kebodohan sama dengan kegelapan, ilmu sama dengan terang cahaya. Bertambah luas dan dalam ilmu, bertambah luas dan dalam yang dapat diterangi oleh mata hati kita. - HAMKA

Mabuk kekuasaan dan mabuk kemegahan, kadang-kadang harus diakui menjadi sebab timbulnya hal-hal yang tidak diingini. - POLITIKUS

Mereka yang tidak sependapat dengan kita adalah orang yang paling banyak memberikan pelajaran kepada kita. - WALLIS

Lidah yang tidak dapat dijinakkan adalah syaitan yang tidak dapat dikendalikan. - JAMES

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa, 'apa yang tuan cita-citakan pasti tercapai, dan apa yang tuan usahakan pasti berhasil.' - THOMAS ALVA EDISON

Orang yang terpuji bukanlah orang yang tidak pernah jatuh, tetapi orang yang telah jatuh dan dapat bangun kembali. - CONFUCIUS

Harapan laksana pelampung bagi jala, yang menghalang kita tengelam dalam putus asa. Ketakutan adalah laksana timah pemberat bagi jala, yang mencegahnya diapungkan oleh kegoncangan. - WATSON

Ada dua cara seseorang tidak akan maju - orang yang hanya mengerjakan apa yangdisuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh. - ANONIM

Ujian terhadap keberanian yang sejati ialah menerima kekalahan atau kegagalan tanpa rasa patah hati. - CARLYLE

Fikiran hanya sihat dengan bekerja dan hanya dengan fikiran kita boleh membuat kerja yang menyeronokkan. - JOHN RUSKIN

Satu-satunya piala yang berharga dalam kehidupan ialah kuasa memaafkan dan memperbaiki kesalahan lawan. Piala ini berkilau-kilau, seolah-olah hendak mengajak manusia memetik dan memilikinya seumur hidup. - WINSTON CHURCHILL

Kehormatan daripada orang-orang yang sezaman dengan kita merupakan kebahagianyang besar daripada kekaguman generasi akan datang. - NAPOLEON BONAPARTE

Seseorang itu hendaklah memeriksa dirinya untuk suatu ketika yang lama sebelummemikirkan untuk mengutuk orang lain. - J.B. PAQUELIN

Cuma sedikit sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan kebolehan yang berlebihan, tetapi semuanya berjaya hidup dengan sebaik-baiknya. - WILLIAM COWPER

Kesenangan itu adalah guru yang baik, tetapi sebenarnya, kesusahan itu adalah guru yang paling baik. - HAZLITT

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah akibat perbuatan sendiri. - PLATO

Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susun baik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan. - HAMKA

Kegagalan bukan bererti kehancuran, tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu loncatan menuju kejayaan demi kejayaan. - DANEIL WEBSTER

Kalau kamu mendapat kesusahan, ingatlah untuk menyimpan kesabaran. - HORATIUS

Jika kita bertimbang rasa dan sudi memikirkan kegembiraan orang lain, tentulah kegembiraan itu lebih dahulu akan singgah pada diri kita. - PLATO

Kegagalan dan kesengsaraan adalah guru yang keras dan kejam, yang bekerja demi kepentingan kita yang tahu mana yang lebih baik dam mencintai kita melebihi kitasendiri. - EDMUND BURKE

Hati seorang bodoh ada dimulutnya, tetapi mulut seorang bijaksana ada dihatinya. - BENJAMIN FRANKLIN

Mengenal diri sendiri adalah satu tugas yang paling mencabar di dunia ini. Ikutilah manusia bijaksana, dia yang tahu dan sedar kalau dia tahu. - P. DARYANTO

Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dansanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yangdipegangnya. - PUJANGGA

Setiap jam di dalam umur manusia itu ada gunanya belaka. Maksud yang sudah ditentukan bagi jam itu tidak akan didapati lagi pada jam yang lain seumur hidup kita.Wang dapat dicari dengan bekerja keras, memeras keringat dan membanting tulang, tetapi wang juga boleh diperolehi dengan hanya berfikir dalam sedikit masa. - PERIBAHASA CINA

Kekurangan kepercayaan kepada diri sendiri, seringkali menjadi penyebab kegagalan manusia. - POUW KIOE AN

Aku akan menemukan jalan. Kalau tidak aku akan membuatnya. Tidak ada sesuatuyang mustahil bagi orang yang mahu. - MIRABEAU

Temanmu ialah orang yang sentiasa berkata benar dan bukan yang sentiasa membenarkan sahaja kata-katamu. - AL-HAKIM

Orang-orang muda menganggap dirinya cukup mengerti sebagaimana orang mabuk menganggap dirinya tidak mabuk. - LORD CHESTERFIELD

Keinginan belajar adalah benih kemajuan, tetapi keinginan belajar sahaja tanpa tenaga membangun adalah seumpama baling-baling, tiada mempunyai kemudi. - ALI SASTROAMIJOYO

Bersahabat dengan orang yang jahat itu ibarat berperahu di laut. Sungguhpun kitas elamat daripada tengelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut. - PERIBAHASA ARAB

Bersungguh-sungguhlah menegakkan pendirianmu selama hidup; ketahuilah bahawa kehidupan itu hanya berharga dan bermakna, kerana keyakinan yang tegas dan tetap, serta usaha yang bersungguh-sungguh. - SHAUQI BEY

Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain,akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan andasendiri. - WALTER B. PITKIN

Jangan memikirkan masa lampau dan jangan memikirkan masa yang akan datang, tetapi renggutlah dan tawanlah saat sekarang ini serta ambillah faedah. - MARDEN O.S.

Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling tinggi. - HAMKA

Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal, peti bodoh itujahil. - IMAM SYAFIE

KENAPA LELAKI SUKA WANITA BERUMUR ????

Sarah sebenarnya pinjam artikel ni ( copy dari EPIH EL NINO - Bernafas dalam ego)
Aku tak tahu kalau aku seorang je perasan yang ramai lelaki muda kahwin dengan wanita berusia sekarang. Paling tak pun, ada skandal dengan wanita berusia. Soal anak ikan kita letak tepi. Tu pekerjaan ye. Hahaha...




Kenapa lelaki muda suka wanita berusia?


Lebih matang dan berpengalaman
Aku sendiri tak suka wanita yang kebudak-budakan. Wanita berusia ni, manja dia beralas, tak gedik-gedik sangat. Pernah kau tengok wanita umur 40-an gedik-gedik pakai serba pink duduk kat shopping complex?


Menumpang kestabilan ekonomi
Macam sambil menyelam minum air. Bila lelaki muda bercinta dengan wanita berusia, lelaki tu juga dapat menumpang kestabilan ekonomi dia. Yelah kan, kekasih dia dah kerja, dia masih study. Mesti ada bantuan kewangan selain daripada PTPTN atau MARA.


Tak kuat merajuk
Aku sebagai lelaki mewakili lelaki lain nak bagitahu yang tak semua boyfriend suka bila awek dia merajuk. Kalau awek merajuk, mesti boyfriend nak kena pujuk. Hello kak, tu kekasih okay, bukan hamba.


Kesan lambakan produk kecantikan
Aku dah jumpa ramai wanita berumur 30-an tapi nampak macam 20-an berdasarkan penampilan mereka. Tapi perempuan jangan bangga sangat sebab walaupun produk kecantikan lelaki takde kat pasaran, tapi lelaki ada produk tenaga batin. Maka jadilah trend baru, lelaki tua suka perempuan muda. Terbalik kan?


Lebih memahami naluri lelaki
Mungkin wanita berusia ini berpengalaman bila bersama dengan lelaki jadi dia mungkin tahu yang mana perlu dan tak perlu dilakukan bila bersama lelaki yang jauh lebih muda darinya. Wanita inilah yang akan jadi jurupandu perjalanan dan lelaki itu hanyalah menurutnya. Tapi berhati-hati wahai lelaki, bimbang jadi Queen Control pulak.


Lebih bersifat keibuan
Lelaki, lepas kahwin mesti nak anak cepat-cepat. Tapi kebanyakan isteri muda tak bersedia nak timang anak awal-awal lepas kahwin, mungkin sebab takut badan dah tak mantap lepas bersalin atau belum bersedia bergelar ibu. Jadi bagi lelaki yang memikirkan tentang ibu bapanya yang semakin tua dan ingin menimang cucu sebelum menutup mata, wanita berusia memang pilihan utama walaupun soal zuriat memang jadi persoalan tapi itu rezeki dari Tuhan, kita hanya merancang.



Aku teringat, ustazah pernah cakap, Rasulullah dulu pun kahwin dengan Khadijah. Walaupun beza usia memang jauh, Baginda tetap dikurniakan cahaya mata. Ramai pulak tu. Kassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainah, Rukayah dan Umi Kalsum. Cuba baca kisah Rasulullah dapat wahyu pertama dan tengok macam mana kasih sayang yang Khadijah curahkan kepada suaminya yang jauh lebih muda.


Tapi wanita muda ada baiknya jugak. Secara realiti, lelaki lebih lambat matang daripada wanita. Jadi kalau suami lebih tua daripada isteri, tahap pemikiran mereka boleh dikatakan pada aras yang sama. Jadi, peranan suami sangat besar dan sebab itulah peranan isteri diperlukan. Rasulullah pun berkahwin dengan Aishah yang lebih muda darinya.


Jadi, pesanan saya kepada wanita berusia yang belum berkahwin, jangan risau jangan panik. Yakinkan diri anda untuk berpenampilan lebih menarik. Wanita muda yang seksi dan montok tu, anda ada saingan hebat sekarang.


Bagi aku, usia bukan penentu kebahagiaan. Nanti kalau aku panjang umur, aku jawab kenapa lelaki tua suka wanita muda. Tapi tunggu aku tua dululah. Hahaha...

Kunkun!!

Sarah suke......( walaupun tahu hanya di ambil kesempatan tapi yang penting cinta, kepercayaan, tanggung jawab dan redha dengan apa yang ada - itu lagi penting....)

Siapa awak, siapa Sarah tak penting.....kalau awak dapat terima sarah seadanya itu dah cukup membahgiakan....feeling la pulak.

Ini pulak artikel dari Mr. Azizan Kadir

1. Wanita berusia adalah lebih matang
Lelaki akan lebih tertarik dengan wanita yang matang. Sifat matang terdiri daripada dua, a) matang dari segi perwatakan termasuklah cara pemakain dan cara hidup b) matang dari segi pemikiran termasuklah cara percakapannya. Pada pendapat saya wanita berusia kebanyakkannya telah melalui satu tempoh hidup yang penuh dengan cabaran. Wanita berusia akan lebih mudah memahami dan bijak dalam menyelesaikan masalah dengan sifatnya yang lebih matang. Tahu menilai mana baik dan yang mana buruk.

2. Wanita berusia mempunyai sifat keibuan yang tinggi
Saya rasa, sebab kedua ini adalah antara sebab utama kenapa sekarang lebih ramai lelaki suka memilih wanita berusia untuk dijadikan pasangan hidup. Mengapa? Apabila sudah berumahtangga, impian yang paling besar bagi pasangan suami isteri adalah untuk mendapatakan cahaya mata. Bagi suami, sudah semestinya mereka mahukan wanita yang betul-betul sesuai menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak mereka. Jawanpannya adalah dengan memilih wanita berusia akan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya lelaki memilih wanita muda atau dalam bahasa mudahnya wanita yang belum bersedia untuk menjadi ibu akan menimbulkan masalah dalam rumahtangga mereka nanti. Pada kebiasaanya wanita awal 20-an banyak mengalami masalah seperti ini apabila mereka sudah berumahtangga.

3. Wanita berusia lebih hebat dan lebih berpengalaman diranjang
Bagi lelaki yang mempunyai nafsu seks yang tinggi, mungkin faktor ini menjadi sebab kenapa lelaki suka memilih wanita berusia. Tidak dinafikan juga wanita muda kadang-kadang hebat diranjang. Wanita berusia terdirinya daripada anak dara lanjut usia ( andalusia) dan juga berkemungkinan berstatus janda. Bagi wanita berstatus janda, pengalaman mereka diranjang akan dimanfaatkan apabila bersama lelaki muda (suami). Lelaki yang mempunyai keinginan seks yang tinggi perlu menitikberatkan faktor-faktor seperti ini supaya tidak akan berlaku kes curang dalam rumahtangga.

4. Wanita berusia kebanyakkan bekerjaya dan berharta
Pada pemerhatian saya selama ini, kebanyakan wanita berusia mempunyai kerjaya yang hebat. Sehinggakan kerjaya tersebut membataskan masa mereka untuk mencari pasangan hidup. Makin berjaya makin susah untuk lelaki mendekati mereka. Tetapi ada sesetangah lelaki yang sukakan cabaran, mereka lebih suka untuk mendekati wanita seperti ini. Suka pada wanita berusia dan bekerjaya. Paras rupa tidak menjadi masalah bagi mereka. Di negara kita, jarang kita lihat wanita berusia dan berjaya dalam hidup menerima lelaki muda daripada mereka. Yang dapat kita lihat hari-hari adalah perempuan muda memilih lelaki yang jauh lebih tua daripada mereka. Di negara luar, mungkin sudah menjadi trend wanita berusia menyukai lelaki muda.
Bagaimana pula dengan wanita muda yang masih bergetah? Yay! Sekarang anda mendapat saingan hebat daripada kaum anda yang lebih berusia. Haha!  Tetapi, persoalannya kenapa anda wanita perlu tunggu berusia baru nak kahwin? Faktor jodoh? Saya nak ingatkan pada puan-puan, kahwin awal itu satu nikmat dan perempuan jangan terlalu memilih. Nak bangkang? Saya lagi suka.:P.

Sarah: He he he No Komen....